Khamis, Mac 20, 2008
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2008
Rabu, Mac 05, 2008
UJIAN OTI-1 2008
Selasa, Februari 05, 2008
PERMATA BARU SKTP.
Permata baru kian bersinar. Begitulah yang boleh disimpulkan kepada adik Siti Nur Suhaila bt. Sariful Anuar dan adik Muhammad Imran fahmi b. Anuar. Beliau adalah murid SKTP dan merupakan pelajar yang pintar dalam hafazan kitab Suci Al-Quran.
Adik Siti Nur Suhaila merupakan salah seorang daripada 2010 kanak-kanak 5-6 tahun khatam Al-Quran dalam Program Pintar Al-Quran pada tahun 2007 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di Kolej Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam majlis tersebut, adik Siti Nur Suhaila telah menerima hadiah sebuah basikal dan wang tunai daripada Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato' Seri Idris Jusoh.
Sebelum itu, adik Muhammad Imran Fahmi juga merupakan murid dalam program yang sama pada tahun 2006. Adik Muhammad Imran Fahmi adalah antara 10 orang murid yang terpilih untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran semasa Majlis Khatam Al-Quran, Program Pintar Al-Quran 2006 yang telah dirasmikan Sultan Terengganu.
Isnin, Februari 04, 2008
SYABAS,TAHNIAH SKTP.......
Pada 31 Januari yang lalu, sekolah kita sekali lagi menempa sejarah kecemerlangan yang tidak diduga apabila telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Guru Besar dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dan telah sempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.
Dalam majlis yang ceria dengan penuh gilang-gemilang itu, Tuan Guru Besar, En. Ibrahim b. Che Mohd telah menerima sijil penghargaan di atas pencapaian prestasi cemerlang dalamUPSR bagi kategori 3 tahun peningkatan berturut-turut 5A. Setinggi-tinggi tahniah dan perhargaan khususnya di atas komitmen yang tinggi guru-guru tahun 6, guru-guru serta warga SKTP di atas kejayaan ini. Diharapkan pada tahun ini, sekolah kita dapat mencipta kecemerlangan yang lebih gemilang dalam UPSR nanti. Tahniah......
Ahad, Februari 03, 2008
WARGA BARU SKTP
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Terdahulu : SK Maktab Perguruan K. Terengganu.
Tarikh Berkhidmat Di SKTP : 1.12.2007
Pengalaman Mengajar : 2 Tahun (2006 - sekarang)
M/P Yang Diajar Di SKTP : B. Inggeris, PJPK.
__________________________________________________________
Nama Penuh : Ustaz Mohd Abd Hamid b. Mohd Abd Wahid
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Terdahulu : Tahfiz Al-Awlad, Jln Pasir Panjang.
Tarikh Berkhidmat Di SKTP : 28.1.2008
Pengalaman Mengajar : 7 Bulan (2007- sekarang)
M/P Yang Diajar Di SKTP : Bahasa Arab - JQAF
_________________________________________
Selamat datang ke SKTP dan selamat menjalankan tugas.
Sabtu, Februari 02, 2008
Khamis, Januari 31, 2008
KELAHIRAN CAHAYA MATA JANUARI 2008
Jawatan : Guru Data
Nama Cahaya Mata : Izzah Insyirah
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 14 Jan 2008
Tahniah.......