Khamis, Mac 20, 2008

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2008

Oleh Cikgu Hadi (S/U Sukan sekolah)
Kejohanan Sukan sekolah 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari lalu yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.30 petang. Kejohanan tersebut telah dirasmilan oleh YB Datuk Rahin bin Dato' Mohd Said, ADUN Telok Pasu. Walaupun cuaca pada hari tersebut mendung dengan hujan gerimis tetapi acara perasmian berlangsung dengan meriahnya, dengan acara perbarisan rumah-rumah sukan dan acara melafaz ikrar yang diketuai oleh adik Ahmad Syahir Ezuddin bin Ramli.


Acara sukan sekolah melibatkan penyertaan semua murid daripada pra sekolah sehinggalah murid tahun 6. Acara sukan sekolah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu acara larian, sukaneka, tarik tali dan acara ibubapa. Bagi acara ibubapa, sambutan yang diterima amat manggalakkan.


Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan diikuti oleh rumah biru, hijau dan Merah. Tahniah kepada yang berjaya. bagi peserta yang kurang bernasib baik, kita cuba lagi di tahun hadapan.