Isnin, Julai 30, 2007

UJIAN OTI-4 & PERCUBAAN UPSR 2007




Ujian OTI-4 dan Peperiksaan Percubaan UPSR 2007 akan bermula pada 31.7.2007 hingga 2.8.2007. Selamat berjaya.............

Rabu, Julai 25, 2007

KEM MOTIVASI SAINS UPSR 2007

Setelah Klinik Matematik berlalu, Kem Motivasi Sains UPSR 2007 pula akan menyusul. Kem ini akan berlangsung pada 25 Julai 2007 (Khamis) selama satu hari. Kem ini bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi Sains tahun 6 dalam peperiksaan UPSR, membantu murid galus dan mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Kem ini juga adalah dilaksanakan oleh panitia sains yang melibatkan fassilitator jemputan dan ahli-ahli panitia sains. Diharap kita akan memperolehi sekali lagi kecemerlangan dalam UPSR pada kali ini.

Selasa, Julai 24, 2007

KLINIK MATEMATIK 2007

Pada 24 Julai 2007, panitia matematik telah berjaya menganjurkan Kem Matematik 2007 bagi murid tahun 6. Tujuan perlaksanaan kem ini adalah sebagai memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan LDK dan dikendalikan oleh guru-guru fassilitator yang terdiri daripada guru-guru panitia matematik dan pentadbir sekolah.