Selasa, Februari 05, 2008

PERMATA BARU SKTP.

Oleh Cikgu Zainuddin.
Adik Siti Nur Suhaila bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Permata baru kian bersinar. Begitulah yang boleh disimpulkan kepada adik Siti Nur Suhaila bt. Sariful Anuar dan adik Muhammad Imran fahmi b. Anuar. Beliau adalah murid SKTP dan merupakan pelajar yang pintar dalam hafazan kitab Suci Al-Quran.

Adik Siti Nur Suhaila merupakan salah seorang daripada 2010 kanak-kanak 5-6 tahun khatam Al-Quran dalam Program Pintar Al-Quran pada tahun 2007 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di Kolej Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam majlis tersebut, adik Siti Nur Suhaila telah menerima hadiah sebuah basikal dan wang tunai daripada Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato' Seri Idris Jusoh.

Sebelum itu, adik Muhammad Imran Fahmi juga merupakan murid dalam program yang sama pada tahun 2006. Adik Muhammad Imran Fahmi adalah antara 10 orang murid yang terpilih untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran semasa Majlis Khatam Al-Quran, Program Pintar Al-Quran 2006 yang telah dirasmikan Sultan Terengganu.

Tahniah dan selamat berjaya buat adik Siti Nur Suhaila dan adik Muhammad Imran Fahmi.......