Isnin, Februari 04, 2008

SYABAS,TAHNIAH SKTP.......

Oleh Cikgu Zainuddin.

Pada 31 Januari yang lalu, sekolah kita sekali lagi menempa sejarah kecemerlangan yang tidak diduga apabila telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Guru Besar dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dan telah sempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Dalam majlis yang ceria dengan penuh gilang-gemilang itu, Tuan Guru Besar, En. Ibrahim b. Che Mohd telah menerima sijil penghargaan di atas pencapaian prestasi cemerlang dalamUPSR bagi kategori 3 tahun peningkatan berturut-turut 5A. Setinggi-tinggi tahniah dan perhargaan khususnya di atas komitmen yang tinggi guru-guru tahun 6, guru-guru serta warga SKTP di atas kejayaan ini. Diharapkan pada tahun ini, sekolah kita dapat mencipta kecemerlangan yang lebih gemilang dalam UPSR nanti. Tahniah......